Showing posts with label hak asasi manusia. Show all posts
Showing posts with label hak asasi manusia. Show all posts

Sunday, 9 February 2025

Malaysia Menyokong Sebuah Badan Hak Asasi Manusia yang Lebih Kukuh

PETALING JAYA: Malaysia dijangka akan memberikan penekanan kepada mekanisme hak asasi manusia yang lebih kukuh di ASEAN dengan tujuan untuk menjadikan Suruhanjaya Antara Kerajaan berkenaan Hak Asasi Manusia (AICHR) sebagai sebuah badan lebih bersifat melindungi dalam tempohnya memegang kerusi Pengerusi ASEAN pada tahun 2025.

Dalam mesyuarat pertamanya di Langkawi dari 11 hingga 14 Februari 2025, Edmund Bon, wakil AICHR Malaysia akan memberikan sokongan kepada pembaharuan untuk memperkukuh ketelusan, kebertanggungjawaban, dan kerjasama serantau bagi memperkembang peranan AICHR kepada bidang lebih besar lagi daripada bidangnya sekarang yang hanya terhad kepada fungsi memberikan nasihat.

Dalam satu kenyataan pada hari ini, tumpuan lain yang akan digariskan termasuklah, "hak mangsa yang terlibat dalam situasi konflik, keamanan dan usaha membangunkan keamanan serta cadangan Perisytiharan ASEAN mengenai hak terhadap alam sekitar, perkembangan yang melibatkan semua, pembangunan mampan, dan hak kepada kemajuan".

Wakil AICHR dari semua negara anggota ASEAN akan turut serta dalam mesyuarat ini, manakala wakil dari Timor Leste pula akan hadir sebagai pemerhati. Bengkel anjakan ini akan diadakan pada 10 Februari 2025, sebelum mesyuarat diadakan bagi mempermudah penyerahan dari wakil AICHR yang lalu kepada wakil yang terkini, penilaian semula usaha yang telah lalu, dan menyusun strategi pada masa akan datang.

Sesi ini termasuklah dialog dengan kumpulan masyarakat madani (CSO) yang akan memastikan wujudnya perspektif pelbagai turut dipertimbang dalam agenda AICHR. "Hasil dari bengkel ini akan memperkaya usaha AICHR, memberikan lebih kekuatan kepada komitmen ASEAN dalam menjunjung undang-undang, demokrasi, hak asasi manusia, kemampanan, dan pembangunan yang melibatkan semua".

Warta berita ini diterjemahkan dari rencana berita asal berjudul, "Malaysia to push for a stronger ASEAN human rights body," terbitan Free Malaysia Today pada 10 Februari 2025. Kredit gambar hiasan kepada laman sesawang Urus Setia ASEAN.  

Thursday, 1 April 2021

Rampasan Kuasa Tentera di Myanmar

 

Rampasan kuasa di Myanmar berlaku pada pagi 1 Februari 2021 tidak lama selepas Pilihanraya Umum Myanmar yang dijalankan pada 8 November 2020. Dalam peristiwa ini, parti pemerintah iaitu Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) yang dipimpin oleh Aung San Suu Kyi telah dijatuhkan oleh Tatmadaw atau tentera Myanmar yang kemudian memegang kuasa secara stratokrasi.

Tatmadaw mengisytiharkan tempoh darurat selama setahun dan kuasa pemerintahan dipindahkan kepada Jeneral Min Aung Hlaing, Ketua Pemerintah Perkhidmatan Pertahanan Myanmar. Tatmadaw mengisytiharkan bahawa keputusan Pilihanraya Umum yang dijalankan pada tahun lepas sebagai tidak sah dan menyatakan bahawa ia akan mengadakan semula pilihanraya pada penghujung tempoh darurat walaupun warga Myanmar keseluruhannya berpuas hati dengan keputusan pilihan raya.

Bacaan Lanjut

Kredit Gambar: BuzzFeed News