Pengenalan Rampasan Kuasa di Myanmar

Rampasan kuasa ini berlaku sehari sebelum ahli yang dipilih dalam Pilihan Raya Umum 2020 mengangkat sumpah di Parlimen Myanmar. Rampasan kuasa ini menghalang ahli dalam Parlimen. Presiden Win Myint dan Aung San Suu Kyi, Kaunselor Myanmar telah ditahan bersama dengan menteri-menteri, timbalan menteri dan ahli Parlimen lain.

Pada 3 Februari 2021, Presiden Win Myint telah dituduh melanggar garis panduan kempen dan larangan pandemik Covid-19 di bawah Seksyen 25 Akta Pengurusan Bencana Alam. Aung San Suu Kyi pula dituduh melanggar undang-undang kecemasan Covid-19 dan melanggar larangan mengimport serta menggunakan peralatan radio komunikasi, khususnya peralatan ICOM sebanyak enam buah yang dirampas dari pengawalnya. Di samping itu, Tatmadaw didakwa merampas walkie-talkie yang dilarang penggunaannya di Myanmar kerana ia memerlukan kebenaran dari agensi melibatkan tentera sebelum dimiliki oleh sesiapa. Kedua-dua Presiden Win Myint dan Aung San Suu Kyi ditahan reman selama dua minggu. Aung San Suu Kyi didakwa lagi di bawah pertuduhan jenayah tambahan kerana melanggar Akta Bencana Alam pada 16 Februari 2021 dan dua lagi tuduhan tambahan kerana melanggar undang-undang komunikasi. Beliau dituduh berniat menimbulkan kekacauan pada 1 Mac 2021.

Pada 1 April 2021, seramai 500 orang terbunuh dalam bantahan yang berlaku seterusnya kerana menentang pihak tentera. Sekurang-kurangnya seramai 1700 orang ditahan secara sewenang-wenangnya. Tiga orang ahli NLD yang terkenal juga mati semasa berada dalam tahanan polis pada Mac 2021.