Latar Belakang Rampasan Kuasa di Myanmar

Myanmar yang juga dikenali sebagai Burma sering dilanda ketidakstabilan politik sejak perisytiharan kemerdekaannya dari Britain pada tahun 1948. Antara tahun 1958 dan 1960, tentera Myanmar telah mengambil peranan sebagai penjaga kerajaan sementara dengan diketuai oleh U Nu, perdana menteri Myanmar yang diundi secara demokratik bagi menyelesaikan masalah percakaran politik dalamannya.

Tentera secara sukarelanya mengembalikan kerajaan orang awam selepas menjalankan Pilihan Raya Umum Burma pada tahun 1960. Kurang dari dua tahun kemudiannya, tentera merampas kuasa dalam rampasan kuasa tahun 1962 di bawah kempimpinan Ne Win menyebabkan Burma berada di bawah pemerintahan tentera selama 26 tahun.

Pada tahun 1988, bantahan berlaku di seluruh Burma. Hal ini diikuti dengan Kebangkitan 8888, kekacauan awam yang meletus disebabkan oleh pengurusan ekonomi yang salah. Ne Win meletak jawatan selepas itu. Pada September 1988, pemimpin tinggi tentera membentuk Majlis Pengembalian Undang-Undang dan Susunan Negara (SLORC) yang kemudian menjadi alat mereka merampas kuasa. Ang San Suu Kyi, anak perempuan kepada Aung San, seorang pemimpin politik pra-kemerdekaan Burma. Aung San Suu Kyi menjadi pejuang pro-demokrasi ketika itu. Pada tahun 1990, pilihan raya bebas dibenarkan oleh pihak tentera dengan tanggapan bahawa tentera akan menerima sokongan umum. Walau bagaimanapun, pilihan raya tersebut dimenangi oleh parti pimpinan Aung San Suu Kyi iaitu Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD). Hal ini tidak dapat diterima oleh pihak tentera menyebabkan mereka merampas kuasa dan meletakkan Aung San Suu Kyi di bawah tahanan rumah.

Tentera memegang kuasa selama 22 tahun sehingga tahun 2011 berikutan pelan menuju ke arah demokrasi semasa Perlembagaan Myanmar 2008 dirangka. Antara tahun 2011 dan 2015, perubahan demokratik tentatif bermula dan pilihan raua diadakan pada tahun 2015 dan kemenangan masih lagi berpihak kepada parti NLD. Namun, pihak tentera masih lagi mengekalkan pegangan kuasa dalam lapangan tertentu termausklah dalam hak melantik seperempat daripada ahli parlimen.

Pada tahun 2021, rampasan kuasa berlaku lagi selepas pilihan raya pada 8 November 2020. Dalam pilihan raya itu, parti NLD memenangi  sebanyak 396 daripada 476 kerusi. Keputusan pilihan raya ini lebih besar lagi rakyat memihak kepada parti NLD berbanding dengan pada tahun 2015. Parti proksi pihak tentera iaitu Parti Kesatuan dan Pembangunan hanya memenangi sebanyak 33 kerusi sahaja.

Pihak tentera mempertikai keputusan pilihan raya dan mendakwa bahawa undi yang diterima oleh parti NLD adalah palsu. Cubaan rampasan kuasa telah pun menjadi khabar angin beberapa hari sebelum ia benar-benar berlaku. Seterusnya, ia menimbulkan kenyataan yang menyatakan kebimbangan negara-negara Barat seperti United Kingdom, Perancis, Amerika Syarikat dan Australia.