Sunday, 16 April 2017

ASEAN - Badan Serantau Asia Tenggara


Berikut adalah maklumat mengenai Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN). Bahagian ini diperbuat dalam bahasa Melayu dalam usaha untuk memperkukuh bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa ASEAN. 

ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok, Thailand. Negara-negara anggota awalnya iaitu Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand telah menandatangani Perisytiharan ASEAN atau Perisytiharan Bangkok bagi melengkapkan penubuhan ASEAN. 
Negara anggota ASEAN terdiri daripada Brunei Darussalam, Indonesia, Filipina, Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand dan Vietnam. Sehingga kini, ASEAN mempunyai sebanyak 10 negara anggota. Sila klik pada nama negara yang disebutkan ini untuk mengakses maklumat lanjut mengenai negara yang menarik perhatian anda. 
Terjemahan: Happy Buffalo
Sumber: Laman Sesawang Urusetia ASEAN
Tarikh: 17 April 2017 (Isnin)