Bahasa di ASEAN

Secara umum yang diperhatikan, Urus Setia ASEAN menggunakan bahasa Inggeris sebagai bekerja dan bahasa teknikal dalam penyediaan dokumen atau komunikasinya. Walau bagaimanapun, negara anggota ASEAN mempunya bahasa kebangsaan mereka sendiri dan bahasa-bahasa suku kaum yang dituturkan di segenap pelosok rantau mereka.

Bahasa kebangsaan yang digunakan sebagai bahasa rasmi di negara-negara anggota ASEAN adalah seperti bahasa Burma di Myanmar; bahasa Indonesia di Indonesia; bahasa Khmer di Kemboja; bahasa Lao di Laos; bahasa Melayu di Brunei, Malaysia dan Singapura; bahasa Tagalog di Filipina; bahasa Thai di Thailand; dan bahasa Vietnam di Vietnam.

Selain itu terdapat dua lagi bahasa bukan asal ASEAN yang dijadikan sebagai bahasa rasmi bersama di negara ASEAN iaitu bahasa Cina (Mandarin) dan bahasa Tamil di Singapura.