Myanmar atau nama rasminya, Republik Kesatuan Myanmar dikenali juga dengan nama lamanya, Burma, adalah sebuah negara berdaulat di Asia Tenggara. Myanmar bersempadan dengan India dan Bangladesh di sebelah baratnya. Di sebelah timurnya pula, Thailand dan Laos. Manakala, di sempadan utara dan timur lautnya pula disempadani oleh China.
Ke selatan Myanmar, hampir satu pertiga daripada perimeternya yang berjumlah 5,876 km (3,651 batu) membentuk garisan pantai iaitu sejauh 1,930 km (1,200 batu) di sepanjang Teluk Bengal dan Laut Andaman. Banci Myanmar pada tahun 2014 menjumlahkan populasi penduduk Myanmar seramai 51 juta orang. Menjelang tahun 2017, populasi Myanmar mencecah 54 juta orang. Keluasan Myanmar berjumlah 676,578 km persegi (261,228 batu persegi). Ibu kota Myanmar terletak di Nay Pyi Daw manakala ibu kota lamanya terletak di Yangon atau nama lamanya, Rangoon. Myanmar menjadi negara anggota ASEAN pada 23 Julai 1997.
Bab 1 - Pandangan Keseluruhan
Mohon sambung.