Prinsip asas ASEAN ini dirangkumkan dalam Treaty of Amity and Cooperation in Southeast Asia (TAC) sebagai satu perjanjian keamanan dalam kalangan negara Asia Tenggara yang diasaskan oleh anggota awal Association of Southeast Asian Nations atau Pertubuhan Negara Asia Tenggara (ASEAN), satu pertubuhan geopolitik dan ekonomi yang dianggotai oleh 10 negara yang terletak di Asia Tenggara.
Dari segi sejarahnya, pada 24 Februari 1976, perjanjian yang ditandatangani oleh pemimpin di negara awal ASEAN adalah seperti Lee Kuan Yew, Ferdinand Marcos, Datuk Hussein Onn, Kukrit Pramoj dan Suharto. Anggota lain pula menandatangani perjanjian ini pada semasa atau selepas mereka menyertai blok ASEAN. Perjanjian ini dipinda pada 15 Disember 1987 melalui protokol bagi membuka dokumen ini kepada kenaikan oleh negara di luar Asia Tenggara, dan kemudian pada 25 Julai 1998, bagi menjadi syarat kepada kenaikan dengan persetujuan dari semua negara anggota. Pada 23 Julai 2001, peraturan prosedur mengenai Majlis Tinggi untuk perjanjian pun diasaskan, seperti yang termaktub dalam Perkara 14 dalam dokumen itu. Pada 7 Oktober 2003, semasa sidang kemuncak tahunan, satu perisytiharan dikeluarkan menyebut bahawa:
"Majlis Tinggi [perjanjian] sepatutnya menjadi komponen penting dalam Komuniti Keselamatan ASEAN kerana ia mencerminkan komitmen ASEAN bagi menyelesaikan perbezaan, pertekaian dan pertelingkahan secara aman."
Papua New Guinea, menjadi negara pertama di luar ASEAN yang menandatangani perjanjian ini pada tahun 1989. Hingga Julai 2009, sebanyak 16 negara di luar blok ASEAN menandatangani perjanjian ini. Pada 22 Julai 2009, Hillary Clinton, Setiausaha Negara Amerika Syarikat menandatangani TAC bagi pihak Amerika Syarikat (AS). Kesatuan Eropah (EU) mengumumkan niatnya untuk menandatangai TAC pada tahun 2009 kerana perjanjian tersebut akan dipinda bagi membolehkan negara bukan anggota menyertainya. Jadi, EU menjadi negara berpihak kepada perjanjian ini pada 12 Julai 2012.
Perjanjian ini disokong oleh Majlis Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyatakan bahawa:
"Tujuan dan prinsip dari Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara serta peruntukannya bagi penyelesaian pertikaian serantau di pasifik dan kerjasama serantau bagi mencapai keamanan, persahabatan dan kemesraan dalam kalangan penduduk di Asia Tenggara ini adalah bertepatan dengan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu."
Prinsipnya adalah seperti yang berikut iaitu:
- Saling hormat menghormati kemerdekaan, kedaulatan, kesamarataan, ketelusan wilayah dan jati diri nasional semua bangsa di Asia Tenggara;
- Hak setia negara anggota itu membawa kepada kewujudan bangsa yang bebas daripada campur tangan asing, subversif, dan paksaan;
- Tiada campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara masing-masing;
- Penyelesaian yang pelbagai untuk perbezaan dan pertikaian melalui keamanan;
- Meninggalkan ancaman atau penggunaan tentera; dan
- Kerjasama yang berkesan sesama negara anggota serta negara berpihak.
Terjemahan ke bahasa Melayu dibuat oleh Happy Buffalo dari teks berbahasa Inggeris. Sekian sahaja masukan dalam bahagian ini. Terima kasih.