Malaysia

Malaysia boleh dikatakan unik kerana ia merupakan satu-satunya negara yang mempunyai rantau di kedua-dua tanah besar dan kepulauan di Asia Tenggara iaitu Malaysia Barat dan Malaysia Timur. 

Dari segi geografi, Malaysia Barat mempunyai keluasan 131,313 km persegi (50,700 batu persegi) yang terdiri daripada bahagian selatan Semenanjung Tanah Melayu serta kepulauan di sekitarnya. Semenanjung Tanah Melayu disempadani oleh Thailand di utaranya, dan Singapura di hujung selatannya. Selain itu, Semenanjung Tanah Melayu terdiri daripada 11 negeri dengan dua (2) Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur dan Putrajaya. Sementara itu, Malaysia Timur berkeluasan 201,320 km persegi (77,730 batu persegi) meliputi bahagian utara Pulau Borneo serta pulau-pulau yang berada di sekitarnya. Malaysia Timur berkongsi Borneo dengan Brunei, yang merupakan sebahagian kecil di pantai utara Borneo dan Kalimantan, Indonesia yang terbentang luas di selatannya. Malaysia Timur terdiri daripada Sabah, Sarawak dan satu Wilayah Persekutuan iaitu Labuan. Malaysia Barat dan Malaysia Timur dipisahkan oleh Laut China Selatan sejauh 640 km (kira-kira 400 batu). Kedua-dua Malaysia Barat dan Malaysia Timur membentuk keluasan yang berjumlah 329,758 km persegi (127,320 batu persegi)

Bab 1 - Masyarakat, Politik dan Islam

  • Pengenalan
  • Sejarah Ringkas
  • Masyarakat Majmuk
  • Raja Berperlembagaan
  • Persekutuan
  • Demokrasi Berparlimen
  • Sistem Parti Dominan
  • Masyarakat Madani
  • Negara Bercorak Keislaman
  • Kesimpulan
Bab 2 - Kemajuan di Malaysia

Selain itu maklumat lanjut mengenai Malaysia boleh juga diakses di laman sesawang Pengajian Malaysia berjudul "Persekutuan Malaysia" yang disusun oleh Happy Buffalo.