Myanmar dilaporkan menjadi pusat jaringan kebudayaan dan pertukaran barangan sejak beribu tahun lamanya. Pantai dan lembangan sungai di Myanmar telah pun didiami sejak zaman prasejarah, dan semasa abad pertama masihi, laluan perdagangan darat antara benua China dan benua kecil India turut merentasi sempadan Myanmar. Kapal perdagangan dari benua kecil India, Sri Lanka dan jauh dari barat berkumpul di pelabuhan yang sebahagiannya menjadi laluan pemindahan barang dagangan dari Teluk Siam merentasi Segenting Kra di Semenanjung Tanah Melayu. Makanya, Myanmar bertindak sebagai gerbang paling barat di tanah besar Asia Tenggara.
Sejarah ini boleh didapati dari laman website berjudul Myanmar yang diselenggarakan oleh Ensiklopedia Britannica yang terkenal.