Penduduk manusia terawal di Myanmar dilaporkan muncul di lembangan tengah kira-kira 11,000 tahun yang lampau. Tidak banyak yang diketahui mengenai orang-orang itu kecuali, mereka diketahui berasal dari kebudayaan Paleolitik yang menggunakan bahan dari kayu yang difosilkan dan batu yang digelar sebagai Anyatha, dari Burma Atas.
Penemuan lukisan gua serta peralatan batu di timur negeri Shan pada tahun 1969 oleh pekerja dari Jabatan Arkeologi Negara menunjukkan bahawa kawasan tersebut juga mempunyai penempatan kebudayaan Paleolitik dan juga kebudayaan Neolitik awal (kira-kira 10,000 tahun lalu). Kedua-dua penempatan ini menunjukkan persamaan dengan kebudayaan Hoabinhian, yang tersebar luas di seluruh Asia Tenggara dari kira-kira 13,000 hingga kira-kira 4,000 SM. Cebisan kasar dan batu cincin yang ditemui di tapak tersebut juga dilaporkan melekat pada alat pemotong batu, menjadikannya lebih sesuai digunakan untuk menggali. Peralatan memotong batu dalam penemuan pula berkemungkinan digunakan untuk menebas hutan bagi pertanian, yang memberikan gambaran berlakunya perubahan daripada pengumpulan hasil hutan kepada pertanian.