Pengenalan Myanmar

Myanmar adalah sebuah negara yang terletak di bahagian barat tanah besar Asia Tenggara. Nama negara ini sejak tahun 1885 diberikan oleh British, the Union of Burma kemudian ditukar kepada the Union of Myanmar pada tahun 1989. Nama Myanmar sudah ada dalam bahasa Burma dan ia disebut sebagai Mranma Pran sejak abad ke-13 masihi lagi. Nama Inggeris bagi kota yang bertindak sebagai ibu negara iaitu Rangoon ditukar juga kepada Yangon dalam bahasa Burma pada tahun 1989. Yangon menjadi ibu negara Myanmar dari tahun 1948 hingga tahun 2006.

Pada tahun 2005, pemerintah Myanmar mula mengalihkan pusat pentadbiran, pertama kalinya ke bandar Pyinmana iaitu sekitar 200 batu atau 320 km ke utara Yangon dan seterusnya ke Nay Pyi Taw, satu lagi bandar yang baru dibina berdekatan dengan Pyinmana. Nay Pyi Taw diisytiharkan sebagai ibu negara Myanmar yang rasmi bermula pada tahun 2006.

Merentangi ketinggian bumi pada 10° U hingga ke kira-kira 28° 30′ U, Myanmar menjadi negara yang paling utara sekali di rantau Asia Tenggara. Ia berbentuk seperti sebuah layang-layang berekor panjang merentasi hingga ke selatan di Semenanjung Tanah Melayu. Negara ini bersempadan dengan China di utara dan timur lautnya, Laos di timur, Thailand di tenggara, Laut Andaman serta Teluk Bengal di selatan dan barat dayanya, Bangladesh ke barat dan India di barat lautnya. Panjang keseluruhan dari utara ke selatan Myanmar adalah sejauh 1,275 batu (2,050 km) dan lebarnya pada bahagian paling luas sekali, merentasi tengah negara itu pada ketinggian bandar Mandalay, diperkirakan sebanyak 580 batu (950 batu) dari timur ke barat.
-------------------------------------------------------        



Ketamadunan awal di Myanmar termasuklah negara-negara kota berbahasa Tibeto-Burman yang dihuni oleh etnik Pyu di Burma atas dan kerajaan-kerajaan orang Mon di Burma bawah. Pada abad ke-9 M, orang Bamar memasuki kawasan hulu Lembah Irrawaddy dan seterusnya mengasaskan kerajaan Pagan pada 1050. Bahasa Burma, kebudayaan Burma dan ajaran Buddha Theravada perlahan-lahan mendapat tempat di kebanyakan rantau dalam Myanmar kini. Kerajaan Pagan jatuh disebabkan oleh penaklukan orang Mongol. Selain itu, muncul pula beberapa negara yang kerap berperang sesama sendiri.

Pada abad ke-16, dinasti Toungoo menyatukan semua kerajaan dalam Burma. Walau bagaimanapun , kewujudan dinasti ini sangat pendek sekali. Dinasti ini membentuk empayar yang terbesar dalam sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Pada abad ke-19, dinasti Konbaung memerintah kawasan-kawasan yang kini termasuk dalam wilayah-wilayah moden Myanmar. Selain itu, ia turut menguasai kawasan Manipur dan kawasan Assam walaupun hanya sekejap. Penjajah British kemudian mengambil alih pentadbiran Burma selepas tiga Peperangan Anglo-Burma pada abad ke-19. Burma menjadi koloni British. Burma menerima mencapai kemerdekaannya dan dikenali sebagai Myanmar pada tahun 1948 serta menjadi sebuah negara bangsa demokratik. Berikutan rampasan kuasa tentera pada tahun 1962, Myanmar diperintah oleh pemerintahan tentera kuku besi bawah Parti Program Sosialis Burma.

Dalam kebanyakan tahun kemerdekaannya, Myanmar seringkali dilanda masalah pertelingkahan etnik. Keadaannya yang mempunyai banyak kumpulan etnik itu menyebabkannya terlibat dalam peperangan saudara yang terpanjang sekali dalam dunia. Ketika ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan beberapa organisasi lain melaporkan mengenai sekatan hak asasi manusia yang sistematik serta konsisten di Myanmar.

Pada 2011, junta tentera Myanmar dibubarkan secara rasmi berikutan pilihanraya umum pada tahun 2010. Kerajaan pada nama orang awam dibentuk. Keadaan ini berlaku serentak dengan pembebasan Aung San Suu Kyi dan tahanan-tahanan politik lain. Ia turut memperbaiki rekod hak asasi manusia Myanmar dan hubungan antarabangsanya. Selain itu, ia membantu meningkatkan perdagangan dan mengangkat sekatan ekonomi yang dikenakan ke atas Myanmar oleh negara-negara lain di dunia. Walau bagaimanapun, kritikan-kritikan pedas masih beterusan kerana layanan pemerintah Myanmar terhadap etnik-etnik minoritinya, maklumbalasnya terhadap kekacauan etnik dan pertembungan agama. Dalam pilihanraya tahun 2015, parti Aung San Suu Kyi memenangi majoriti di Parlimen dan Dewan Rakyat. Namun, tentera Burma masih lagi berkuasa dalam hal-ehwal politik di Myanmar.

Myanmar merupakan negara pengeluar jed dan batu permata, minyak, gas asli dan mineral-mineral lain. Pada tahun 2013, GDP (pada nama) Myanmar berada pada US$56.7 bilion dan GDP (PPP) nya adalah pada US$221.5 bilion. Jurang pendapatan di Myanmar adalah antara yang terluas sekali di dunia kerana sebahagian besar dari ekonominya dikuasai oleh penyokong pemerintah tentera yang sebelumnya. Menjelang tahun 2016, Myanmar berada pada tangga ke-145 dari 188 negara dalam pembangunan manusia, menurut laporan Human Development Index.