Muka Bumi Myanmar

Cerun Myanmar dari utara sampai ke selatan, daripada ketinggian 19,296 kaki (5,881 m) di Gunung Hkakabo, puncak tertinggi di Myanmar di hujung paling utara hingga ke aras laut di delta Sungai Irrawaddy dan Sungai Sittaung. Banjaran gunung umumnya turun dari utara ke selatan. Negara ini secara keseluruhannya terbahagi kepada lima rantau fisiografi iaitu pergunungan utara, banjaran barat, dataran tinggi timur, lembangan tengah dan tanah datar serta dataran pantai.

Sebelum kita melancong atau mengembara, wajar sekali kita mengambil tahu mengenai bentuk muka bumi dan cuaca di negara Myanmar supaya kita tidak mengalami kejutan melampau. Sekian, terima kasih.