Sama seperti pergunungan, sungai utama di Myanmar mengalir dari utara ke selatan. Kira-kira tiga perlima daripada permukaan Myanmar disaliri oleh Sungai Irrawaddy dan cawangannya. Sungai-sungai ini mengalir merentasi Myanmar dan boleh dilayari hampir 1,000 batu (1,600) oleh sampan atau bot. Di puncak deltanya, Sungai Irrawaddy terpecah menjadi satu jaringan jeram yang luas dan mengalir masuk ke Laut Andaman menerusi beberapa kuala.
Sungai Chindwin, cawangan terbesar kepada Sungai Irrawaddy merentasi kawasan barat Myanmar. Sungai Pathein menyaliri kawasan selatan Pergunungan Rakhine dan Sungai Yangon menyaliri Pergunungan Bago. Kedua-dua sungai ini mengalir memasuki Sungai Irrawaddy di delta. Sungai Sittaung pula mengalir ke Teluk Martaban di Laut Andaman, dan ia mempunyai lembah dan delta yang amat besar jika dibandingkan dengan jaraknya yang pendek.
Sementara itu, Tanah Tinggi Shan disaliri oleh Sungai Salween, yang memasuki Myanmar dari selatan China dan mengalir terus ke Teluk Martaban di tenggara Sungai Sittang. Ia mencebur ke dalam dan merentasi dataran tinggi pada satu siri gaung yang dalam. Banyak cawangan sungai ini mempunyai panjang melebihi 300 batu (480 km) dan menyertai Sungai Salween pada lata-latanya. Dataran Pantai Rakhine pula disaliri oleh jeram pendek yang deras yang membentuk delta luas, mengalir ke dalam Teluk Bengal. Dataran Tenasserim pula disaliri oleh sungai pendek yang deras, mengalir terus ke Teluk Martaban.
Myanmar mempunyai dua tasik besar iaitu Tasik Indawgyi, di bukit utara, berkeluasan 15 batu (24 km) dari utara ke selatan dan 8 batu (13 km) dari timur ke barat. Ia adalah salah satu tasik di hulu yang terbesar sekali di Asia Tenggara. Tasik Inle pula lebih kecil merentangi jarak sejauh 14 batu (22 km) dari utara ke selatan dan 7 batu (11 km) dari timur ke barat, di Dataran Tinggi Shan. Tasik Inle disaliri oleh berbelas-belas jeram.
Rantau tanah tinggi di Myanmar dilitupi oleh tanah merah yang kaya dengan mineral besi. Apabila ia dilitupi oleh hutan, tanah ini menyerap hujan lebat di rantau itu, namun ia terhakis dengan cepat apabila hutan-hutan di situ ditebang. Rantau tanah rendah di Myanmar pula dilitupi oleh tanah jenis aluvium yang halus dan liat apabila basah. Ia mengandungi nutrien rendah dan bahan organik serta diperbaiki dengan baja. Di belitan rantau tengah pula ia dilitupi oleh tanah merah yang kaya dengan kalsium dan magnesium. Walau bagaimanapun, apabila tanah tersebut mengandungi tanah liat rendah, maka ia menjadi berasid di bawah resapan tinggi dan boleh dikenali dengan warnanya yang kuning atau perang.