Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) 2025 yang berlangsung pada 18 dan 19 Januari 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi telah dihadiri oleh lebih daripada 200 delegasi dari 10 buah negara anggota ASEAN serta satu negara pemerhati iaitu Timor Leste.
Selain itu, Malaysia dilantik kembali menjadi pengerusi ASEAN pada 1 Januari 2025 dan diwakili oleh Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Luar Malaysia. Dalam mesyuarat tersebut, menteri-menteri luar ASEAN bertukar-tukar pandangan mengenai hubungan luar ASEAN. Selain itu, mereka juga turut berbincang mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa yang melibatkan kepentingan dan kebimbangan bersama mereka.
Mesyuarat Pemimpin dan Pegawai Tinggi (SOM) ASEAN serta Timor-Leste menghadiri sesi makan malam pada 18 Januari 2025 yang dihoskan oleh Datuk Seri Amran Mohamed Zin, Ketua Setiausaha Kementerian Luar dan Pemimpin SOM ASEAN di Malaysia. Mesyuarat SOM yang dihadiri oleh pemimpin, wakil di semua negara anggota dan Urus Setia ASEAN pada 19 Januari 2025 pula akan membincangkan pelbagai isu di peringkat negara anggota.
Kali ini, Malaysia telah menduduki kerusi pengerusi ASEAN untuk kali yang kelima sejak penubuhan kelompok negara serantau ini pada tahun 1967. Lebih 300 mesyuarat utama serta program dijadualkan berlangsung di seluruh Malaysia sepanjang tempoh tersebut.
Sebelum ini, Malaysia telah menjadi pengerusi ASEAN pada tahun 1977, 1997, 2005 dan 2015.
Berita ini disesuaikan dari sumber rencana berjudul, "ASEAN foreign ministers gather in Langkawi for first retreat under Malaysia chairmanship 2026" oleh Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) melalui Seksyen Malaysia, Malay Mail bertarikh 17 Januari 2025.
No comments:
Post a Comment