Monday, 20 January 2025

Cadangan Pewujudan Jawatankuasa Kerja dalam Tangani Ancaman Digital

PETALING JAYA: Malaysia mencadangkan supaya diwujudkan satu jawatankuasa seperti Interpol di peringkat ASEAN bagi isu jenayah siber bagi melicinkan lagi pertukaran masa nyata dan kerjasama serantau dalam membanteras ancaman digital.

Bercakap di Sidang Kemuncak Keselamatan Antarabangsa Asia dan Ekspo 2025 di Kuala Lumpur, Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia berkata bahawa pelebaran pantas ekonomi digital memerlukan kerangka kerja keselamatan yang disesuaikan mengikut keadaan semasa.

Beliau menambah lagi bahawa penjenayah maya mengeksploitasi kepintaran buatan (AI), automasi dan laman sesawang gelap bagi melancarkan serangan-serangan canggih mereka. Walaupun perbincangan itu dianggap sebagai berharga, namun tindakan perlulah juga diambil. Beliau menggesa semua pemegang taruh seperti kerajaan, agensi penguatkuasaan undang-undang dan perintis industri supaya mengambil tindakan konkrit dalam beberapa lapangan utama.

Ujarnya lagi kepada BERNAMA, "Pertama sekali, kita haruslah melaksanakan kawalan terjangka keselamatan yang dipacu oleh AI dan pengawasan masa nyata urban bagi menjejaki dan mencegah ancaman keselamatan secara proaktif."

Selain itu, beliau menyeru supaya:

  • Satu sistem pengesahan identiti rantaian blok kebangsaan yang menurutnya penting dalam melindungi transaksi kewangan atas talian dan mengurangkan pemalsuan identiti;
  • Memperkukuh perkongsian awam-swasta dan pakatan kerjasama antara kerajaan, perbadanan, dan firma teknologi bagi memperbaiki mutu keselamatan siber dan memperkasa perkongsian risikan.
Beliau menyatakan bahawa Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025, tetap komited dalam usaha membangunkan satu ekosistem keselamatan yang selamat, berketahanan tinggi dan kooperatif bukan hanya untuk negara bangsa namun untuk keseluruhan rantau ASEAN dan melampauinya.

Ahmad Zahid juga menggariskan sumbangan Malaysia dalam kerangka kerja keselamatan serantau yang antaranya termasuklah memainkan peranan dalam ASEANPOL dan INTERPOL yang instrumental dalam memecahkan sindiket jenayah rentas sempadan. Beliau memaklumkan bahawa semasa Mesyuarat Kementerian ASEAN mengenai Jenayah Rentas Sempadan, Malaysia telah menegaskan sekali lagi komitmennya dalam pelaksanaan SOMTC + Rangka Kerja China yang bertujuan untuk memperkasa lagi perkongsian jaringan risikan dan mengkoordinasikan tindak balas kepada ancaman siber serta aktiviti jenayah lain.

"Perkongsian keselamatan dengan jiran-jiran ASEAN adalah penting yang mana kita mesti memastikan bahawa jaringan risikan kita berkembang selari dengan ancaman keselamatan," jelasnya dalam sidang media. Dalam pada itu, Ahmad Zahid juga menggalakkan juga aktor global supaya meneliti teknologi pengawasan moden dan kelengkapan yang canggih.

Turut hadir bersama dalam program tersebut adalah Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri dan Razarudin Husain, Ketua Polis Negara.

Sejak tahun lepas, Malaysia melaporkan kehilangan lebih daripada RM 1.22 billion akibat jenayah siber bersama dengan berjuta-juta ancaman siber yang dapat dijejaki oleh sistem pengawasan. 

Berita dipetik dan diterjemahkan oleh aku dari rencana sidang media berjudul, "Malaysia calls for ASEAN cybercrime task force to tackle digital threats", di portal berita atas talian (online) Free Malaysia Today (FMT) yang berbahasa Inggeris pada 21 Januari 2025. Sumber berita dari Berita Nasional Malaysia (BERNAMA).