Pengenalan mengenai Republik Indonesia

Indonesia sebelumnya dikenali dengan nama Nederlandsche-Indie atau Hindia Belanda dan ditadbir oleh Vereenigde Oostindische Compagnie atau Syarikat Hindia Timur Belanda. Walaupun Indonesia tidak menjadi sebuah negara seperti nama rasminya sekarang hinggalah kepada zaman kemerdekaan, namun nama Indonesia ini telah digunakan seawal tahun 1884 oleh ahli geografi Jerman. Nama ini katanya diterbitkan dari perkataan "Indos" dari bahasa Yunani bagi merujuk kepada "India" dan "Nesos" bermaksud "Pulau".

Selepas zaman penduduk Jepun dari tahun 1942 hingga tahun 1945 semasa Perang Dunia II, Indonesia mengisytiharkan kemerdekaannya dari Belanda pada tahun 1945. Perjuangan ke arah kemerdekaan ini walau bagaimanapun berterusan hingga tahun 1949, apabila Belanda secara rasminya menerima kedaulatan Indonesia. Indonesia menerima rupanya yang sekarang ini apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil maklum mengenai bahagian barat New Guinea sebagai sebahagian daripada Indonesia pada tahun 1969.

Selain itu, bekas jajahan Portugis di Timor Timur atau Timor-Leste dijalinkan masuk ke dalam Indonesia pada tahun 1976. Berikutan referendum yang dianjurkan oleh PBB pada tahun 1999, Timor Timur mengisytiharkan kemerdekaannya dan menjadi sebuah negara berdaulat pada tahun 2002.

Pengenalan mengenai Indonesia dalam bahasa Inggeris boleh juga diakses dalam laman Britannica berjudul "Indonesia" yang telah aku akses pada 19 Januari 2025.