Sempadan Antarabangsa

Sempadan antarabangsa adalah garis sempadan yang membahagikan sesebuah negara dengan sebuah negara yang lain. Ia biasanya dilakukan secara persetujuan bersama atau melalui perjanjian. Konflik sempadan antarabangsa biasanya berlaku apabila dua atau lebih negara bersaing secara terbuka mengenai kawasan atau wilayah dengan mendakwa kawasan tersebut berada di bawah wilayah atau negaranya. Sesuatu 'Cease Fire Line' biasanya dipersetujui melalui satu perjanjian yang rasmi antara dua atau lebih negara yang mana ia adalah persempadanan antarabangsa sementara hasil tindakbalas daripada penyelesaian konflik.

Perjanjian persefahaman sempadan atau Treaty Line iailah garisan sempadan yang dibuat berasaskan perjanjian rasmi antara dua atau lebih negara tetapi masih belum dipersetujui hak sebenar dalam kalangan mereka yang berkonflik sehingga penyelesaian dibuat. Manakala persempadanan yang tidak menentu atau Indefinite Boundaries pula merupakan persoalan anggaran sempadan yang masih belum diukur secara rasmi atau berasaskan maklumat pengukuran dari sejarah lama.

Dalam Penentuan dan Pengiktirafan Sempadan ini terdapat beberapa keadaan di mana satu-satu sempadan itu boleh ditentukan dan diiktiraf. Antaranya ialah melalui Uti Possidetis Juris iaitu suatu prinsip undang-undang antarabangsa yang dikhususkan kepada negeri-negeri yang baru hendak ditubuhkan tentang perlunya ada sempadan-sempadan atau Pembentukan Sungai iaitu sungai-sungai yang besar digunakan bagi membahagikan antara dua kawasan. Dalam pembahagian itu, garisan tengah dikenali sebagai thalweg dan Perkhidmatan iaitu wilayah yang dimilik oleh satu negara digunakan untuk memberikan perkhidmatan dan mempunyai kepentingan kepada negara lain. Contohnya, dalam kes Right of Passage (1960).

Sementara itu terdapat juga pelbagai kaedah dalam pembentukan, pertambahan dan pengurangan kawasan di dalam sempadan negara, antaranya melalui secara semulajadi atau perubahan fizikal alam, penyerahan iaitu penyerahan kawasan sempadan hasil dari keputusan mahkamah, penaklukan dan penawanan wilayah, memperolehi kawasan tambahan melalui Terra Nullius atau wilayah yang tidak dimiliki oleh sesiapa, keputusan Hakim oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa dan Penyusunan melalui keputusan bersama antara negara yang terbabit.