Pemimpin-pemimpin ASEAN berkumpul dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-30 dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan di Manila minggu ini. Edisi Sidang Kemuncak ASEAN ini bekisarkan kepada "ASEAN Hari Ini."
Raissa Chentami dari Saluran Indonesia mengacarakan program itu dari Jakarta, ibu pejabat Urusetia ASEAN. Beliau turut melaporkan mengenai pasaran kopi Vietnam di China dan kesenian orang gelandangan di Filipina.
Ini adalah episod ke-62 dalam siri-siri yang menghiburkan dan bermaklumat. Ia disiarkan kini dalam tahun keenam TV ASEAN ke udara dan boleh ditonton di internet (sini) selain melalui penyiar-penyiar ASEAN seperti Saluran Indonesia dan VOV-TV Vietnam.
"ASEAN Hari Ini" adalah produksi bersama Urusetia ASEAN dan Saluran Indonesia dengan sokongan dari AirAsia. Sesetengah bahan siaran dibekalkan oleh negara anggota ASEAN sendiri. Silakan memeriksa senarai tempatan untuk waktu siaran. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Raissa Chentami di raissa@theindonesiachannel.com.